Asal-usul istilah Domain_masa

Penggunaan istilah domain masa dan domain kekerapan berkembang dalam kejuruteraan komunikasi Amerika Syarikat pada lewat 1940-an, apabila istilah-istilah itu muncul bersama-sama tanpa takrifan pada tahun 1949.[1] Apabila sesebuah analisis menggunakan saat atau mana-mana satu pekalinya sebagai unit ukuran, maka ianya dalam domain masa. Apabila analisis berkenaan dengan unit-unit salingan seperti Hertz, maka ianya dalam domain frekuensi.